Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Terengganu menganjurkan program khas bagi menyemai semangat Kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak.
Program perarakan itu dianjurkan dengan kerjasama tujuh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika ) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sekitar Kuala Terengganu.